Wednesday, 18 May 2016
Zapin Pulau (Mersing) telah dibawa oleh Raden Salleh dari Sambas, Indonesia yang telah berhijrah ke negeri Pahang. Pada tahun 1962, Raden Salleh telah bermastautin di Pulau, Mersing dan mendirikan rumah tangga di Pulau. Satu gerak yang disebut langkah Sambas dalam Tarian Pulau diambil sempena nama tempat asal usul Raden Salleh dan sehingga kini tarian Zapin Pulau masih ditarikan. Gerak asal Zapin Pulau berpandukan aktiviti harian dan pengamatan alam sekitar. Pada mulanya tarian zapin ini hanya ditarikan oleh penari lelaki, tetapi pada tahun 1970-an ianya ditarikan oleh penari perempuan. Alat muzik yang digunakan oleh Kumpulan Zapin Pulau ini antaranya ialah gendang (jidur) yang dipukul dengan dua batang rotan, biola, marwas dan gambus. Menurut Pak Othman, gerak tari Zapin Pulau ini terdiri daripada langkah lurus, langkah empat, langkah berulang (langkah tak jadi), langkah basrah, langkah udang, langkah dolmat, langkah serong, langkah Johor dan langkah sambas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment